Monday, 7 December 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Disember 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Tuesday, 17 November 2015

Marketing Presentation



Assalammualaikum
Salam Sejahtera



Date: 14/10/2015
Day: Wednesday

Kami dapat satu tugasan untuk subjek marketing dimana kita perlu produce a product in a right theme and we must create something new or renovate the product. Bayangkan kami dapat tema "Eat Clean", yang bermaksud makan/ minuman yang segar dan jauh dari segala perasa yang tidak elok untuk tubuh badan. Punyalah susah kami cari and share resepi. Banyak kali juga pensyarah kami tidak berkenan denga resipi itu. At last jumpa jugak.

Eat Clean sangat sesuai untuk mereka yang berdiet dan untuk mereka yang ingin cuba makanan yang sihat yang bebas dari minyak, kalori, ajinomoto and so on. So this product is quite expensive actually. bahan-bahan untuk buat semua ni sangat mahal so eat target market ini khas untuk mereka yang ingin cuba makanan sihat dan mereka yang sedang berdiet. Yeah !

We produce two product which are food and beverages. Opps, I'm forget to introduce our team name. Yeah, I think its very unique and rare. Nak tahu? It's , Sapphire Revolution. You can search this name in dictionary. And you will know the meaning. :)

Now, I will show you our product....



Sapphire Salad

There are many kinds of vegetables in our product such as, purple cabbage, green cabbage, baby tomatoes, brocoli, carrot. Just cut in a small pieces then mixed up with olive oil and honey. For sure, many people does not like this product. Hehehe, me too.

Second Product 
-
-
-


Sapphire Layer

There have two layer. At the base, we put fresh fruit, like kiwis strawberry and the upper one is we put a cereal. Its so delicious, i prefer this product more profitable than the other one.


Sebenrnya banyak group yang bertanding dengan berlainan tema. Kami tidak berjaya untuk dapat apa apa hadiah, mungkin dari segi penyampaian kami kepada judges yang kurang menarik rasanya.







This our "Pengarah KPMBP"


I think we should stop at here. Many stories are coming on the next entry. Many #lifestudents will update here, because i want this blog will keep every single memories in my life. Till we meet again.

Thank You.


Salam Sayang,
Tun Teja



p/s: Maafkan saya kalau campur adukkan Bahasa Malaysia and English dalam entry ini. 







Segmen Bloglist Dec 15-Jan 16 By Afidah Azmi



Assalammualaikum
Salam Sejahtera




Alhamdulillah, masih berpeluang lagi untuk menyertai segmen dari rakan blogger kita, Afidah Azmi. Walaupun kita baru ajer jejak blognya tadi, terus cepat-cepat nak join. Rasa rindu sangat dengan blog yang kian menyepi ni. 

Blogger Afidah Azmi ini ada minta pendapat tentang blog beliau. Aku rasa blognya sangat bagus dan teratur. Penulisannya jugak sangat baik. Mungkin dengan menyertai segmen ini, aku harap dapat kenal lagi dengan empunya badan dan seterusnya jadi rakan baik di blogger. 

Aku walaupun dah dua tahun dengan dunia blog ini, masih banyak benda yang aku perlu belajar dan berkongsi dengan semua orang. Yeah :) Itu sahajalah yang dapat aku kongsi pada hari ini. Banyak menceceh je aku ni, maklumlah dah lama tak mencoret disini. Aku undur diri dulu.

Terim Kasih.


Salam Sayang,
TUN TEJA







Saturday, 19 September 2015

PROMOSI Pengenalan simkad TONE EXCEL



SALAM HORMAT..



antara kelebihan bila anda gunakan TONE EXCEL


Bulan SEPTEMBER ini adalah bulan PROMOSI untuk anda semua. Bagi yang belum ada / nak tambah lagi simkad ajaib ini, boleh hubungi Filzah cepat-cepat yer. Sebab lagi 10 hari je kan.



NORMAL PRICE: RM 95.40 inc GST


HARGA DISKAUN: ???


INFO:
Untuk pembelian simkad kedua, harga lagi menjunam JATUH. 


So pakat ramai-ramai, pak sedara, mak sedara, aunty jiran sebelah, cousins kesayangan and kawan baik sehati sejiwa untuk join simkad ini. Anda akan dapat RM20 setiap kali anda ajak depa semua beli.. Seronok tak?

 Anda rajin, anda dapat....




Hubungi FILZAH segera ye.. 
01117691361 *will reply within 24-hours



Wednesday, 26 August 2015

Library



Assalammualaikum
Salam Sejahtera..




Aku kini berada di library untuk menghabiskan sisa baki assignment yang perlu dihantar sebelum hari esok bersamaan cuti merdeka.. Yeayy MERDEKA ! Tak sabar tunggu cuti even empat hari. Tapi empat hari tu sangat bermakna dan sangat menghargai. Bukan senang nak mintak cuti untuk kelas hari Ahad tu. Alhamdulillah syukur sangat. Rasa menikmati apa itu merdeka. Kah!

Library, biasanya orang akan cakap "rajin gila pergi library", "peh, dak2 4 flat dok library". Itu semua kata-kata perli yang kita kena kuat untuk lawan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya TAK. Kau kena kuat and tetapkan niat engkau kenapa kena pergi library. Macam aku, library itu macam jauh plus kau punya asram tingkat tiga then jalan kaki meredah terik panas, kadang ia mematahkan semangat aku, tapi go on jer. Fikir balik, kalau kau nak buat kerja kat bilik, confirm ke kau akan buat? Atau bersilat atas katil? Hahaha fikir sendiri

Update Blog, semenjak dua menjak ni rajin betul aku ke library. Sikap rajin ke library sejak dari sekolah menengah datang balik. Yeay, sukanya. Takdelah aku tidur aje kat bilik tu. Malam pun sama. Even malas tetap kena rajinkan diri. Sekarang ni ada je assignment, tapi sebab rindu kat blog, updatelah sikit kan. Life student update katekoo

Wifi.. Yang ni BEST. FOC. Walaupun registerlah memacam line internet, wifi library tetap nombor satu. Gila best. Senang buat kerja. Senang cuci mata kat online shop. Hahahahaha. Lagi satu, cari sumber assignment. Segalanya hujung jari. Kalau kat bilik, nak pergi satu site, kena tunggu berjanggut guna data enfon. Laju pun kadang-kadang. Tengok nasib. Sekarang Johor kan nak bagi wifi. Alangkah indahnya wifi tu datang cepat dekat Bandar Penawar. Ceruk-ceruk ni memang payah nak dapat internet.

Hahaha itu sahajalah bingkisan saya untuk library. Saja nak asah otak ni untuk memerah idea sebab kejap lagi nak buat esei english. So, dengan blog, harap-harap esei aku nanti banyaklah idea yep. Oh ye, satgi nak buat esei pasal "Why students should learn a foreign language" Bestkan tajuk. Google je kat internet. Senang. Hahahahaha. Till the end. LOve u encik blog. Jumpa lagi. Bye




Friday, 26 June 2015

Naik semester BARU :)





Assalammualaikum
Salam Sejahtera



Alhamdulillah, masih berpeluang lagi untuk naik ke tingkat seterusnya untuk mendapatkan segulung DIPLOMA. Berbekalkan pointer upper 3, aku berjaya lulus semua subjek dalam semester lepas.

24/06/2015

Aku selamat buat pendaftaran untuk semester baru. Dan pastinya dugaan untuk mendaki aras tiga yang agak menguji kesabaran. Nasib baik adik, ibu and ayah tolong angkat barang keasrama. Buat masa ini, roomate ade dua orang jer. 


Gambar ini diambil sewaktu ibuku mahu bergerak pulang. Sampai jer rumah, ibu whatsapp, 

"Kak, rindu"..
 "Kak, sape nak tolong ibu masak? Ibu penat baru balik kerja."


Nak nangis pun ada. Tapi takpelah,kita hadiahkan ibu  ayah result yang lagi baik daripada semester lepas. 

25 Jun dah start kelas pertama, corporate finance !


Terawih

Dekat surau kolej buat 8 rakaat + 3 witir. Sebelum ke surau, mesti kena mandi dulu, sebab takut berpeluh banyak masa buat ibadah. Teringat masa hari pertama, habis lecun baju basah.Balik jer, terus mandi. Hehehehehe, seronok :)


So far, sampai sini life update as a diploma student. I'll update soon. 
Biarlah kenangan diabadikan di blog ini :)


Thanks 4 Reading ! 





TIPS Hilangkan Sakit Kepala

Assalammualaikum Hye Semua :) Baru-baru ini, Filzah diserang sakit kepala yang teramat sakit. Hampir sebulan kot sakit kepa...