Showing posts with label dipstudent. Show all posts
Showing posts with label dipstudent. Show all posts

Friday, 21 April 2017

Kek Butter Simple Tapi Sedappppppp! [RESEPI]


Assalammualaikum
Dan Selamat Sejahtera..

Bertemu kembali yaaa cik blog kuning yang tersayang.. Lama betul kita menyepi.. Suam-suam kuku jer orang kata. Viewers pun entah ada entah tidak.. Tapi takpelah.. Resepi ini akan ku simpan hingga ke anak cucu. Ceh berangan! Yelah dulu rajin nak tulis kat buku. Tapi since dah pergi belajar, buku tu dah kat mana entah. Sorok kot. So better I simpan dekat blog encik kuning ni okeh.

Apa perkembangan saya sekarang?
Btw, sekarang tengah cuti "studyweek" di rumah. Alhamdulillah inshallah saya akan tamat belajar hujung bulan 8 ni. Tapi hujung bulan lima ni saya akan buat praktikal dulu. TAPI ! saya masih tak dapat lagi. sedihnyaaaaa. Tapi saya tetap usahakan jugak untuk dapat! sapa nak suggest tempat praktikal, meh PM saya thru FB/ Insta/ email. Jasamu akan ku hargai.

Mana resepinya nih?
Haaaa, panjang beno citernya. Takpe, i teruskan untuk share resepi kek butter ni. I terus falling in love sebab rasanyaa memang superbbbb and yg penting dia tetap moist. Saya ni pulak tak suka kek yg rekah-rekah gitu. Lembab dan lembut itu keutamaan saya!



BAHAN-BAHAN
  • 250gm pure Butter (Anchor)
  • 250gm tepung naik sendiri
  • 180gm gula castor
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
CARA-CARA
  • Panaskan oven 20-30 minit
  • Pukul butter dan gula sehingga kembang sehingga menjadi warna putih. (low speed-high speed)
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji. Diselang selikan dengan tepung. Masukkan susu segar dan pukul sehingga sebati.
  • Masuk dalam loyang dan lapik dengan baking paper/ spray terlebih dahulu
  • Bakar dalam oven  180'c selama 40 minit
  • Sedia dihidang.
SENANG KAN!!

Tips-tips tambahan.
  1. TEPUNG - Boleh aje guna tepung gandum. tapi masukkan satu sudu kecil baking powder. Sukatan tepung masih sama.
  2. OVEN - Kalau takde "mention" guna api atas/bawah, so kena guna oven api atas bawah. Tapi saya ada oven api bawah jer. so kena pandai adjust suhu. 
  3. SALTED/UNSALTED Butter - mengikut sumber penulis, beliau tidak kisah guna mana-mana butter. jadi saya guna salted butter. Jangan guna buttercup sudahlah ye.
  4. SAIZ TELUR - Saiz yang sederhana. Guna saiz B pun okay.
  5. GRAM tukar ke cawan - Saya dah sediakan link untuk tukar sukatan gram ke cawan. Jangan malas. Boleh klik terus.
  6. KUKUS - Boleh kukus. Tapi kena pandai agak guna lidi/tester.

Apa lagi ek? rasanya dah cukup untuk membantu saya dan anda semua untuk membaking. Terlebih atau terkurang, saya mohon maaf. Yang pasti, kek yang saya buat kena dengan tekak family saya dan sedap. So, I shared here. Ini juga buat rujukan saya akan datang. Yummy kek butter yang simple dan sedapppppp boleh dimakan. Budget yang saya laburkan totally under RM 25 and makan sampai puas. 


Terima Kasih. Jumpa Lagi.


Nota: Segalanya hanya dihujung jari. Tiada istilah tak pandai masak. Kalau nak pandai masak, kena ada sifat R dalam diri. Barulah semua yang kita buat menjadi. Lagi satu, ikhlas dan senyum. Penting dalam dapur.






Wednesday, 26 August 2015

Library



Assalammualaikum
Salam Sejahtera..




Aku kini berada di library untuk menghabiskan sisa baki assignment yang perlu dihantar sebelum hari esok bersamaan cuti merdeka.. Yeayy MERDEKA ! Tak sabar tunggu cuti even empat hari. Tapi empat hari tu sangat bermakna dan sangat menghargai. Bukan senang nak mintak cuti untuk kelas hari Ahad tu. Alhamdulillah syukur sangat. Rasa menikmati apa itu merdeka. Kah!

Library, biasanya orang akan cakap "rajin gila pergi library", "peh, dak2 4 flat dok library". Itu semua kata-kata perli yang kita kena kuat untuk lawan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya TAK. Kau kena kuat and tetapkan niat engkau kenapa kena pergi library. Macam aku, library itu macam jauh plus kau punya asram tingkat tiga then jalan kaki meredah terik panas, kadang ia mematahkan semangat aku, tapi go on jer. Fikir balik, kalau kau nak buat kerja kat bilik, confirm ke kau akan buat? Atau bersilat atas katil? Hahaha fikir sendiri

Update Blog, semenjak dua menjak ni rajin betul aku ke library. Sikap rajin ke library sejak dari sekolah menengah datang balik. Yeay, sukanya. Takdelah aku tidur aje kat bilik tu. Malam pun sama. Even malas tetap kena rajinkan diri. Sekarang ni ada je assignment, tapi sebab rindu kat blog, updatelah sikit kan. Life student update katekoo

Wifi.. Yang ni BEST. FOC. Walaupun registerlah memacam line internet, wifi library tetap nombor satu. Gila best. Senang buat kerja. Senang cuci mata kat online shop. Hahahahaha. Lagi satu, cari sumber assignment. Segalanya hujung jari. Kalau kat bilik, nak pergi satu site, kena tunggu berjanggut guna data enfon. Laju pun kadang-kadang. Tengok nasib. Sekarang Johor kan nak bagi wifi. Alangkah indahnya wifi tu datang cepat dekat Bandar Penawar. Ceruk-ceruk ni memang payah nak dapat internet.

Hahaha itu sahajalah bingkisan saya untuk library. Saja nak asah otak ni untuk memerah idea sebab kejap lagi nak buat esei english. So, dengan blog, harap-harap esei aku nanti banyaklah idea yep. Oh ye, satgi nak buat esei pasal "Why students should learn a foreign language" Bestkan tajuk. Google je kat internet. Senang. Hahahahaha. Till the end. LOve u encik blog. Jumpa lagi. Bye




Friday, 26 June 2015

Naik semester BARU :)





Assalammualaikum
Salam Sejahtera



Alhamdulillah, masih berpeluang lagi untuk naik ke tingkat seterusnya untuk mendapatkan segulung DIPLOMA. Berbekalkan pointer upper 3, aku berjaya lulus semua subjek dalam semester lepas.

24/06/2015

Aku selamat buat pendaftaran untuk semester baru. Dan pastinya dugaan untuk mendaki aras tiga yang agak menguji kesabaran. Nasib baik adik, ibu and ayah tolong angkat barang keasrama. Buat masa ini, roomate ade dua orang jer. 


Gambar ini diambil sewaktu ibuku mahu bergerak pulang. Sampai jer rumah, ibu whatsapp, 

"Kak, rindu"..
 "Kak, sape nak tolong ibu masak? Ibu penat baru balik kerja."


Nak nangis pun ada. Tapi takpelah,kita hadiahkan ibu  ayah result yang lagi baik daripada semester lepas. 

25 Jun dah start kelas pertama, corporate finance !


Terawih

Dekat surau kolej buat 8 rakaat + 3 witir. Sebelum ke surau, mesti kena mandi dulu, sebab takut berpeluh banyak masa buat ibadah. Teringat masa hari pertama, habis lecun baju basah.Balik jer, terus mandi. Hehehehehe, seronok :)


So far, sampai sini life update as a diploma student. I'll update soon. 
Biarlah kenangan diabadikan di blog ini :)


Thanks 4 Reading ! 





TIPS Hilangkan Sakit Kepala

Assalammualaikum Hye Semua :) Baru-baru ini, Filzah diserang sakit kepala yang teramat sakit. Hampir sebulan kot sakit kepa...