Tuesday, 17 October 2017

TIPS Hilangkan Sakit Kepala



Assalammualaikum
Hye Semua :)



Baru-baru ini, Filzah diserang sakit kepala yang teramat sakit. Hampir sebulan kot sakit kepala tu selalu menyerang. Dan kebetulan masa itu, Filzah tengah praktikal di salah satu anak syarikat perabot terbesar di Johor yang terletak di Batu Pahat. So masa itu I tiba-tiba teringat satu iklan ini,

Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?

Memang kena kot words ini. Saya memang takde masa untuk sakit kepala sebab terlalu banyak kerja untuk disiapkan. Kadang, saya terpaksa stop for a five - ten minutes. Itu memang tak boleh tahan sangat. Kebetulan masa itu office-mate faham. Tapi sampai bila dia akan faham. Sekali dua boleh terima. Kalau seminggu, mesti depa kata aku malas nak kerja. 

 So masa ini, Filzah try google kenapa I boleh sakit kepala. Punca-punca kanser pun I baca. Takut juga sebab simpto-simptom tu ada pada Filzah. Tapi I berdoa sangat supaya tak de benda buruk yg berlaku. Since i duduk jauh dari family and seminggu sekali baru balik. Plus i duduk rumah makcik. Makin segan plus-plus. 

I dah lama tak kena sakit kepala macam ini. Sakitnya macam mencucuk-cucuk dekat bahagian kanan kepala. Flu takde, batuk takde. Cuma masa sakit tu datang, I rasa loya and sometimes muntah balik apa yang I makan. Bila tengah sakit tu rasa macam nak baring je. Tak nak bangun and susah nak bangun kalau dah baring. I masih ingat masa tu 12hb Ogos 2017(Sabtu). I rasa dah tak sedap badan. Then ahad tu dah terasa macam lembik and pening-pening. Jumpa doktor, doktor kata takde pape. So i tak mintak MC. then hari isnin tu, sakit kepala datang. Gila punya sakit sampai i rasa nak balik. Tapi i kuatkan juga sebab i risau drive. then keesokan harinya, i kerja sekejap je. pukul 10 dah balik. sebenarnya malu nak mintak balik, tapi HR dah benarkan. so i gagah pergi mintak dekat manager syarikat tu. Takut juga sebab jarang jumpa, pastu mintak halfday. Nasib dia paham. then nak balik tu hujan lebat gila. Office mate offer hantarkan, tapi i said i ok. so bawak jela dengan hemahnya. 50km/h. Malam tu cousins dengan makcik tolong hantarkan ke klinik. and sekali lagi doktor kata awak takde pape. awak nak selsema. Tapi nak tahu tak sampai sekarang takde selsema. So i tak tahu macam nak hadap.

I cuma follow tips dekat bawah ni. Tips ni i dapat dekat org sekeliling and dekat facebook juga. tapi sumber tu dah hilang. sebelum hilang dari ingatan, saya letak kat sini supaya jadi rujukan masa hadapan.




  1. Habiskan ubat doktor (Especially antibiotics+ tahan sakit (paracetamol) - Bila makan antibotics, sakitnya berkurang sikit. Tapi tetap datang a few hours. Bila antibiotics habis, saya continue makan paracetamol.
  2. Air 100plus + Air Mineral - Nisbahnya 1 : 2 . Inshallah yang ni berkesan bila mencuba. Memula tak percaya, so i apply ni, nampak berkurang. Loya pun boleh cover. Air masak jangan tinggal. I dah taubat dah. Sekarang tak boleh tak minum air masak. Rasa macam tak complete.
  3. Berurut - Nampak macam takde pape, tapi makcik urut tu kata, badan awak mungkin terkejut kot. Yela daripada belajar terus praktikal. Banyak kerja kena buat. Lagi satu, dia kata badan saya penuh dengan angin. So jangan ambil ringan dengan urut nih. pergi je berurut. Ambil masa juga untuk kembali cergas.
  4. Makan vitamin C - Its better u take the supplements. Banyak supplement dekat luar sana so boleh choose yang terbaik. I suggest Shaklee .Tapi masa sakit kepala ini, saya tak berani nak amik supplement, sebab everyday i telan paracetamol. Jadi i tak berani nak telan apa-apa lagi. So i makan limau sunkist + mandarin. Yang masam-masam gitu.
  5. Baca Surah 3 Qul dan sapu kat kepala yang sakit ini. 
  6. Solat Hajat - minta Allah kurangkan sakit sekaligus hilangkan rasa sakit ini.

6 tips ni i apply. alhamdulillah berkesan dan makan masa hampir sebulan lebih juga untuk full recover. Untuk dua/ tiga minggu pertama, i bergantung pada ubat sahaja. Everyday i makan but everyday takde kesan yang baik. So i dah rasa risau sangat sebab everyday kot telan ubat. Itu belum kalau kena yang teruk. Satu hari telan 2/3 biji termasuk ponstan. So lepas i dah dapat tips yg kedua dan seterusnya, terus i apply. Alhamdulillah sekarang dah ok. 

Lagi satu elakkan diri daripada terdedah dengan cuaca panas. Itu pun punca-punca kita sakit kepala. 

I hope ini membantu pada i dan juga pembaca yang lain. (itupun kalau ada viewers)

The End. 
Thank You.
 
 p/s: gambar ihsan google
 

Friday, 21 April 2017

Kek Butter Simple Tapi Sedappppppp! [RESEPI]


Assalammualaikum
Dan Selamat Sejahtera..

Bertemu kembali yaaa cik blog kuning yang tersayang.. Lama betul kita menyepi.. Suam-suam kuku jer orang kata. Viewers pun entah ada entah tidak.. Tapi takpelah.. Resepi ini akan ku simpan hingga ke anak cucu. Ceh berangan! Yelah dulu rajin nak tulis kat buku. Tapi since dah pergi belajar, buku tu dah kat mana entah. Sorok kot. So better I simpan dekat blog encik kuning ni okeh.

Apa perkembangan saya sekarang?
Btw, sekarang tengah cuti "studyweek" di rumah. Alhamdulillah inshallah saya akan tamat belajar hujung bulan 8 ni. Tapi hujung bulan lima ni saya akan buat praktikal dulu. TAPI ! saya masih tak dapat lagi. sedihnyaaaaa. Tapi saya tetap usahakan jugak untuk dapat! sapa nak suggest tempat praktikal, meh PM saya thru FB/ Insta/ email. Jasamu akan ku hargai.

Mana resepinya nih?
Haaaa, panjang beno citernya. Takpe, i teruskan untuk share resepi kek butter ni. I terus falling in love sebab rasanyaa memang superbbbb and yg penting dia tetap moist. Saya ni pulak tak suka kek yg rekah-rekah gitu. Lembab dan lembut itu keutamaan saya!



BAHAN-BAHAN
  • 250gm pure Butter (Anchor)
  • 250gm tepung naik sendiri
  • 180gm gula castor
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
CARA-CARA
  • Panaskan oven 20-30 minit
  • Pukul butter dan gula sehingga kembang sehingga menjadi warna putih. (low speed-high speed)
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji. Diselang selikan dengan tepung. Masukkan susu segar dan pukul sehingga sebati.
  • Masuk dalam loyang dan lapik dengan baking paper/ spray terlebih dahulu
  • Bakar dalam oven  180'c selama 40 minit
  • Sedia dihidang.
SENANG KAN!!

Tips-tips tambahan.
  1. TEPUNG - Boleh aje guna tepung gandum. tapi masukkan satu sudu kecil baking powder. Sukatan tepung masih sama.
  2. OVEN - Kalau takde "mention" guna api atas/bawah, so kena guna oven api atas bawah. Tapi saya ada oven api bawah jer. so kena pandai adjust suhu. 
  3. SALTED/UNSALTED Butter - mengikut sumber penulis, beliau tidak kisah guna mana-mana butter. jadi saya guna salted butter. Jangan guna buttercup sudahlah ye.
  4. SAIZ TELUR - Saiz yang sederhana. Guna saiz B pun okay.
  5. GRAM tukar ke cawan - Saya dah sediakan link untuk tukar sukatan gram ke cawan. Jangan malas. Boleh klik terus.
  6. KUKUS - Boleh kukus. Tapi kena pandai agak guna lidi/tester.

Apa lagi ek? rasanya dah cukup untuk membantu saya dan anda semua untuk membaking. Terlebih atau terkurang, saya mohon maaf. Yang pasti, kek yang saya buat kena dengan tekak family saya dan sedap. So, I shared here. Ini juga buat rujukan saya akan datang. Yummy kek butter yang simple dan sedapppppp boleh dimakan. Budget yang saya laburkan totally under RM 25 and makan sampai puas. 


Terima Kasih. Jumpa Lagi.


Nota: Segalanya hanya dihujung jari. Tiada istilah tak pandai masak. Kalau nak pandai masak, kena ada sifat R dalam diri. Barulah semua yang kita buat menjadi. Lagi satu, ikhlas dan senyum. Penting dalam dapur.






Saturday, 17 December 2016

New Year Giveaway by MF


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Tuesday, 13 September 2016

SUGARLAVENDAA



Assalammualaikum
Salam Sejahtera


Apa itu SugarLavendaa?

SugarLavendaa is my part of online business. I pilih nama tu sebab nampak macam comel jer, even orang kata tak comel. Nampak macam klisey je kan. But, its ok. It is my own choice. btw, Sugarlavendaa also is an official agent of Homemade By Umie. Homemade By Umie is my aunt's business. I spread her business kat kolej tau. Kawan-kawan kolej semua sukaaa.

Bila mula?

Actually dah lama mula dah. Tapi secara official, start hari ini. Yeayy. Alhamdulillah, my sugarlavendaa is under my Sapphire Beauty Enterprise, which means macam anak syarikat. Kihkihkih. Sapphire Beauty dah register dengan SSM dah. So jangan takut dengan seller macam I ok.

Apa hangpa juai?


Durian Crepe 

Kami ada menjual Durian Crepe (yang semestinya laku keras), Hot Beef Lasagna, Hokkaido Chiffon, and Cheese tart. Kami juga menerima tempahan kek kahwin and kek birthday for your special event.


Chocolate Cheese Berhantu :)

Tapi untuk detailed kek kahwin / kek birthday, boleh direct terus dengan makcik saya ok.






Macam Mana kami nak dapatkan?

Actually, kami cuma fokus dekat Muar. Batu Pahat, Melaka & Bandar Penawar is additional & optional. If order in bulk quantities, we consider to deliver our product.


Hubungi Kami:

Instagram: @sugarlavendaa
Facebook Page: @sugarlavendaa
Facebook Owner: Nurul Filzah
My Contact Number: 011-17691361
Aunt's Number: 012-3310367
Hashtag: #spreadsugarlavendaaloves



Friday, 3 June 2016

Pengalaman di kem SUWARA II [PART 1]



Assalammualaikum
Salam Sejahtera..


Pengalaman 4 hari 3 malam di Kem MSN, Asahan, Melaka sangat beri makna dan impak besar buat aku. Program ini diberi nama Kem Sukarelawan Belia Wilayah KEJORA Siri II 2016. Aku join under kolej, so ade beberapa geng dari KPM ikut sama. Actually aku dah lama gila tak join kem macam ni. So tetiba hati terdetik nak join. Kebetulan jatuh pada cuti semester dan dekat sikit dengan Muar. Pada mulanya daftar tu eksaited kot nak join. Tapi bila dah balik rumah, rasa macam malas gila nak pergi.

Packing barang pun malam sebelum nak pergi. Beli barang-barang yang kena bawa pun time malam tu jugak. Ingat lagi, pergi kol 9.30. Tak terkejar pulak time tu takut kedai dah tutup. Hahaha, kelakar ingat balik. Sebab engko dah cuti seminggu kat rumah, pastu teringat kena pergi kem. Kahkah, ketawa untuk diri sendiri. Btw, kem ini kami dapat seorang RM50. Boleh lah kot tambah duit poket, alang-alang malas nak cari part time. 

Meh nak cerita time kat sana.

26 Mei 2016

Bangun awal sebab nak sambung packing. Takut ada tertinggal barang. Siap whatsapp dengan kawan aku, Zaza tanya dia apa lagi kena bawak. Aku kena get ready kat exit Tangkak kol 10. Sekali kena tunggu bas kolej sampai kol 12 tengah hari diorang sampai. Lama kot tunggu dekat situ.

Bas sampai je terus bertolak ke kem. First impression, wooww very nice place. Subhanallah memang cantik. Dengan berlatarbelakangkan Gunung Ledang. Memang cantik. Kalau korang dapat kem kat sana, pergilah. Memang Cantik weh. Berapa kali seh nak cakap cantik ?



Sampai sana kita orang makan tengahari terus solat. Petang tu takde aktiviti sangat sebab khemah pihak sana dah pasangkan. So just kemas-kemas barang kitaorang jela.

After maghrib+Isya' and makan malam, kita orang dikejutkan untuk masuk hutan malam itu jugak. Mula-mula ingat just jalan je. Sekali amik ko, kena tinggal sorang-sorang kat hutan. Even agak dekat kedudukan engko dengan kawan, tapi still takut kot. Hutan gunung ledang kan. Kat situ, memang kena bina keyakinan di tahap maksima. Takut memang ada, siap dengar ade orang jalan-jalan lagi dekat tempat aku tu.Tapi hiraukan jer sebab aku tahu ade benda lain yang tengah lalu kat situ. Beza tau bunyi manusia jalan dengan benda tu jalan. So far nasib baik takde binatang yg berbisa. Seram jugak tuh even dah letak sulphur.


Biasalah time engko kena tinggal tu, macam-macam benda engko pikir. Banyak kan. Ayat Quran tu kalau boleh siap nak khatam terus. Hahahaha. Memang kelako. Agak dah lama sangat tunggu orang datang ambik, aku pun rasa nak tido. Baru je nak tido, baru dengar orang datang ambik. Yeahh, alhamdulillah syukur selamat semuannya. Then malam tu group aku pulak kena jaga dari kol 3 sampai 5 pagi. Hahaha aku pun jagalah jugak, tapi depan khemah je. sekali amik ko tertido depan khemah. berbumbungkan langit berlantaikan simen. berbantalkan beg baju. Memang rasa kem sukarelawan betul. Hahahaha. Pastu tetiba ade urusetia datang kejut suruh tido dalam khemah and tak payah jaga. Time tu engko jangan cakaplah, sejuk angin malam tu macam mana. Tapi aku tak tido pun dalam khemah malam tu sebab lagi 15 minit dah nak kol 5 and kol 5 dah kena gi surau. so tunggu jela sampai kol 5 sambil main fon even kat sana tak de LINE ! 

Duduk sana memang tak pegang fon kot. Battery dengan powerbannk boleh idop 4 hari. Gambar pun ihsan dari kawan-kawan kat sana.

hahaha. dah. aku rasa nak sambung nanti. sebab dah panjang sangat membebel.

Jumpa part II. 

BYE

Wednesday, 2 March 2016

Welcome II Series


Assalammualaikum
Salam Sejahtera.


II Series. Oh yeah. Memang tak percaya kan dah masuk angka 20an. Macam baru semalam je masuk tadika. Macam baru semalam je ayah hantar masuk darjah satu. Macam semalam je ibu teman ambil result PMR.

Hahaha, semua macam semalam kan.

Masa pantas berlalu. Umur semakin meningkat dan semakin hampir dengan kematian.

Semoga Allah beri aku keizinan untuk capai segala impian dan harapan yang aku bina selama ini. 
Semoga Allah panjangkan usiaku lagi untuk membawa pulang kejayaan kepada keluargaku
Semoga Allah beri peluang kepada ku untuk merasa seorang isteri dan ibu 
Semoga Allah izinkan aku mengerjakan ibadah haji & umrah.
Semoga Allah memberkati usiaku. 

AMin.

Terima kasih atas ucapan dan doa yang kalian beri. Semoga Allah dapat membalasnya.


Jumpa lagi. Bye :)
Wasalam.


Follow ig kita @nflzh . 




Tuesday, 8 December 2015

TONE EXCEL: Apa itu?



Assalammualaikum
Salam Sejahtera.




Saya cuma nak memperkenalkan satu simkad ajaib yang mampu memberi 8 kelebihan kepada semua ahli penggunanya. Namanya, TONE EXCEL. Sambil kita gunakan simkad ini, kita mampu menjana pendapatan pasif sehingga mencecah ribuan mahupun jutaan ringgit. Mungkin INFINITI. Itu semua bergantung kepada effort anda.

Sebelum saya mulakan dengan lebih lanjut, saya nak tanya 4 soalan dan anda jawab sendiri.

1. Adakah anda seorang pengguna telefon bimbit?
2. Berapa lama anda menggunakan telefon bimbit? Telco apa? Berapa anda labur untuk sebulan?
3. Sampai bila anda akan guna telefon bimbit?
4. Adakan telefon bimbit anda memberi wang masuk atau wang keluar?

Haa, macam mana?

First saya nak introduce sikit tentang syarikat Tone Excel ini, sebab masih ramai lagi yang tak percaya tentang kewujudan syarikat ini.

  • 2009: Tone Excel ditubuhkan
  • 2010: tandatangan perjanjian dengan TuneTalk
  • CEO of TuneTalk: Jason Lo
  • CEO of Tone Excel: YBhg Dato Syed Kamaruzaman
  • Founder of Tone Excel: Mr Neilson Tong
  • Ibu Pejabat: Sri Petaling, Kuala Lumpur
  • Web: www.tonegroup.net

Apa yang akan anda dapat bila anda mendaftar sebagai pengguna Tone Excel?

1. Dapat Simkad PERCUMA
  • BOLEH kekalkan nombor lama
  • Nombor postpaid boleh dikekalkan.
2. Didalam simkad tersebut, telah tersedia RM30 topup.
  • Topup mudah dicari. Guna reload TuneTalk.
3. Personal Accident Insurance bernilai RM100k
  • Tiada premium tahunan, hanya topup minima bulanan RM50 
  • Cover 2 perkara iaitu kematian & kecacatan kekal. Tertakluk pada terma dan syarat.
4. Big Points.
  • Setiap kali kita topup, kita dapat percuma mata ganjaran. Cth, RM10 akan dapat 20 points.
  • Big Points ini tiada tarikh luput dan boleh ditukarkan dengan tiket penerbangan AirAsia secara PERCUMA, tablets, smartphone, tiket wayang, tiket konsert dan lain-lain. Boleh rujuk dilaman web rasmi tone excel.
  • Tambahan: Bila kita topup RM 30 PERCUMA 1Gb Internet. Bila topup RM50 percuma RM20. Itu belum termasuk lagi dengan points yang boleh kita dapat
5. Dapat Corporate/ Diskaun Rate Tune Hotel

6. Dapat menyertai cabutan bertuah mingguan, bulanan dan tahunan 

7. Dapat Masuk pertandingan hebat dan pakej perlancongan/umrah, tertakluk terma dan syarat.

8. Boleh buat duit $$$$...


Bab no 8 tu panjang lebar sebenarnya nak expalain. Nak lebih dekat, boleh whatsapp atau telegram say terus. Tetapi saya akan update juga di blog, cuma makan masa sedikit sebab banyak benda yang telah diupdate baru. Korang semua boleh rujuk di instagram saya @toneexcel_bytunteja sebab everyday saya upload di sana mengenai cara untuk dapat income.

Bagaimana nak menyertai?
  • Mudah dan murah. Hanya bayar sewaktu pendaftaran dan ia sekali seumur hidup



Saya rasa sampai sini saja dahulu. Banyak lagi saya perlu update. Dan sudah semestinya korang boleh hubungi saya untuk pertanyaan serta order terus. Inshaallah saya akan jadi guider yang terbaik untuk anda. Kedai Simkad Online saya always open 24/7 and will reply within 12-24hours. It as soon as possible. See you soon. Bye!


Nurul Filzah @ tunteja
01117691361





TIPS Hilangkan Sakit Kepala

Assalammualaikum Hye Semua :) Baru-baru ini, Filzah diserang sakit kepala yang teramat sakit. Hampir sebulan kot sakit kepa...