Assalammualaikum
Salam Sejahtera.
Untuk makluman kepada mereka yang ingin menyambung pelajaran ke institut pendidikan MARA, satu permohonan terbuka akan dilakukan berdasarkan maklumat dibawah.
Tarikh: 8 & 9 Jun 2015
Tempat: Ruang Lobi Medan MARA, Kuala Lumpur
Masa: 9 pagi - 4.30 petang
Sila bawa dokumen-dokumen berikut semasa menghadiri permohonan tersebut.
1. Slip SPM
2. Kad Pengenalan (Pelajar & Ibu Bapa)
3. Sijil kelahiran (Pelajar dan Ibubapa)
** Sila bawa dokumen asal dan satu salinan untuk kesemua dokumen
**Sila bawa duit pendaftaran sebanyak RM280 jika permohonan ke KPM anda berjaya
Sumber: Facebook MARA
Saya kongsi maklumat ini kerana saya tahu ramai diluar sana yang ingin sambung belajar.
All the best.
p/s: Teringat tahun lepas, saya kena pergi MARA untuk dapatkan surat tawaran KPM. Terkejut pada mulanya bila MARA nak hantar ke KPM Seri Iskandar. Atas rayuan, akhirnya dapat juga ke KPM Bandar Penawar, Johor. Alhamdulillah. Elaun setiap bulan masuk :)
1 comment:
Salam sis, permohonan terbuka ni ada temuduga ke?
Post a Comment