Tuesday, 24 June 2014

Pengalaman ketika menghadapi Ujian Memandu JPJ [ KERETA]



Assalammualaikum
Salam Sejahtera.


9 Jun 2014


Aku sampai awal. Macam biasa, Pakcik Masdar (org yg bertanggungjawab untuk handle aku masa ambil lesen), akan ambil before 7.30 a.m . So, terpaksa untuk tunggu lama sebab encik-encik JPJ masa itu datang dalam around pukul 9 pagi. Kebetulan masa itu, aku ada kawan. Dia giliran no 20+ and aku giliran yang ke-42. Lama tak lama lah menunggu kan.

Dalam pukul 11, baru giliran aku untuk ujian mendaki bukit, ujian parking dan ujian tiga penjuru. So far, its very hard to do "Ujian Mendaki". Masa ujian tersebut aku ambil peluang untuk buat cubaan dua kali sebab pada kali pertama aku mungkin terlalu nervous sehingga tidak mencapai kedudukan kereta bertentangan dengan tiang penguji. Memang boleh buat dua kali selagi korang tak angkat tangan. Jadi, masa untuk buat kali kedua, ada seorang pakcik cakap, "adik, jangan nervous. Buat betul-betul. Calm down." Jadi pembakar semangat. Alhamdulillah, enjin tak mati, kedudukan kereta berada di di tempat yang betul dan berjaya untuk Ujian mendaki bukit.

Lepas itu, buat ujian parking. Masa belajar haritu, pakcik Mokhtar (yang tukang ajar bawa kereta) pening kepala tengok aku asyik tak pass jer parking. Asyik ade jer yang lupa, sampai kena buat berkali-kali. Tapi Alhamdulillah, masa ujian semua lepas. Bagi yang takut untuk ujian parking, jangan risau. Masa untuk ujian parking ada lima minit. Buat perlahan-lahan. Ingat step, biar lambat janji lepas. Aku ingat lagi, masa ujian parking arituh, tester JPJ tak tengok pun. Macam mana aku tahu? Setiap kali aku buat, aku jelinglah diorang. Hahahahaha, serius, dia tak tengok. Aku rasa mereka semua fokus hanya ujian mendaki sahaja kot. Tapi nasiblah kalau diorang ada jeling masa parking dan tiga penjuru tu.

Untuk tiga penjuru, aku takde masalah untuk buat kerana ia terlalu mudah. Cuma tiga pergerakan sahaja. Tapi hati-hati semasa nak lakukan pergerakan kedua dan ketiga. Kena jaga brek. Kalau tester terjeling dan ternampak kereta korang gerak walaupun sikit, habislah. Always jaga brek okeh.


Lepas itu, dapat keputusan. Alhamdulillah, lulus bahagian A. Nak kena tunggu bahagian Jalan raya pulak. Yang ni memang lama nak menuggu dari pukul sebelas suku sampao dua setengah untuk sampai giliran aku. Tawakal jer banyak. Perut lapar dah tak hirau. Tapi masa pukul satu tu, tester bagi rehat. Apelagi berdesup pergi kantin makan. Isi minyak before ujian. Masa tu makan dengan kawan kita a.ka Awal Ashari klon. Nama dia Azmi. Hensem , u'oll nak ? Nanti aku bagi no telipon kat korang. Email okeh ? hikhik.


Sampai ajer giliran, tengok muka tester, hensemnya. Putih, kulit macam baby and mostly all tester masa itu semuanya lelaki. No women. Tapi tegasnya, ya ampun. Hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam kereta itu asyik suruh aku bawak laju jer. siap marah-marah lagi.Aku faham masa itu depa semua dah penat. Tapi tak patutlah marah aku sebab traffic light merah. Dia kata,"kan aku suruh bawak laju dik. Aku tahu tadi traffic hijau. Haishh". Mengeluh ? Its okay. aku tahu dia phsyco. Kalau bawak laju karang, ade yang gagal nanti pulak.Masa nak turun kereta tuh, aku pandang dia lagi. Aku cakap terima kasih. Tapi tak tahulah pulak dia dengar ke tak, sebab aku tak cakap kuat macam dia cakap dengan aku. Alamak haihh, terlepas nak mintak id wechat dia. Hahahahaha, aku cakap jer tapi tk kn buat punya untuk mintak-mintak id nih. Tercalar maruah aku nanti. well, kata nak jadi wanita melayu terakhir.



Finally, aku lulus ujian memandu. Alhamdulillah.
Malam itu, mak aku belanja makan KFC.
Hahahahaha, ingat Tuhan. 
Mohon pertolongan dariNya. insyallah, berjayalah nanti ujian memandu tuh.



Kalau ada kelapangan, aku share masa aku ujian memandu bahagian B2 pulak.
Till we meet again, Thanks for Reading. Wasalam


1 comment:

Nick Nashram said...

ambik lesen kat kat bakri ke?
saya punye kat tangkak je.
mujur sekali ambik terus lulus :)

TIPS Hilangkan Sakit Kepala

Assalammualaikum Hye Semua :) Baru-baru ini, Filzah diserang sakit kepala yang teramat sakit. Hampir sebulan kot sakit kepa...