Thursday, 29 May 2014

Aku memang suka memasak..





Yess ! Dari dulu lagi.


Sampai ada yang kata, kenapa tak nak ambil kos kulinari and so on kalau dah minat memasak. Bagi aku memasak ini adalah satu pekara yang subjektif. Tak semestinya kena ikut resipi jer. Resipi itu cuma panduan. Yang lain, kita boleh tokok tambah mengikut selera diri sendiri. 


Aku daripada awal lagi memang tolak apa-apa tawaran yang berkaitan dengan memasak ini. Sebab aku kurang gemar bila benda yang aku minat ini jadi satu paksaan. Biarlah. Aku pun tak suka bila ada orang sibuk menyibuk di dapur ketika aku tengah masak, kecuali my mom. Itu rujukan utama.

Semenjak aku dah berhenti kerja ini, buku resipi aku penuh dengan resipi yang pelbagai. Ada yang aku ambil dari group memasak di facebook, blog, instagram. Kadang-kadang, satu jenis masakan itu, sampai tiga empat resipi aku simpan. yelah, buat perbandingan ketika masak. Kadang, aku siap gabungkan tiga empat resipi untuk jadi satu hidangan. Try and error. Kan memasak itu satu subjektif. Jadi suka hati kita lah kan. Janji boleh dimakan.



Jadi, resipi yang aku telah simpan rapi di dalam buku resipi ajaib aku bakal dikongsi dengan semua orang. Untuk itu, aku buka satu page baru khas untuk resipi dan tips-tips memasak di facebook iaitu Bila Kami Lapar . Jom Like :)




P/s: Masih keliru lagi sama ada nak terima tawaran cikgu atau tak. Ermmm.



4 comments:

perubatankhalifah said...

yup, betul tu, dalam seni memasak ni, kita kena rajin mencuba...
terutama sekali benda baru...
kalau tak, takkan la muncul durian crepe dan aiskrim goreng bagai tu, kan...
kita buat, kaji dan perbaiki masakan kita...pasti akan jadi lebih sedap lagi di masa akan datang.
pastu boleh la belanja sekampung.
~blogspot : rawatankanser2013

Maria Firdz said...

Saya pun suka masak dan suka cipta resepi...

Intan Saffyna said...

hi, singgah follow blog awak :)

Unknown said...

Salam ukhuwah..menarik entri ^_^
awk ditag http://aspireangel.blogspot.com/2014/06/ga-by-farahdeena-fisal.html

TIPS Hilangkan Sakit Kepala

Assalammualaikum Hye Semua :) Baru-baru ini, Filzah diserang sakit kepala yang teramat sakit. Hampir sebulan kot sakit kepa...