Assalammualaikum
Salam Sejahtera
Ehh, ape pasal gambar budak nie muncul kat blog aku nie. Sibuk betullah. Nak suruh ambil gambar macam gini pun mintak phone sebab nak main Temple Run. ergghhh, dah lah tak geti main. Geram betol aku dengan budak nie. Rasa nak cubit-cubit je pipi dia. Later aku hupdate pasal budak gendut ni kayh.
Sebenarnya aku tak tahu nak cerita pasal ape. Tapi memandangkan kita nak sambut raya aku rasa aku nak cerita kot pasal raya. Apa yang best ekk ? Biasa jer kot. and hari ini genap dua bulan arwah nenek aku pergi. Al-Fatihah.
Teringat masa kecik-kecik, time ada arwah atok dengan arwah nenek. Masa arwah atok ada dulu masa malam raya buat dodol sendiri. Tukang kacau asyik tukar-tukar jer. Arwah nenek pula buat rempeyek sendiri. Sedap... Kemeriahan suasana semua tu hanya tinggal kenangan sahaja. Rinduuu :')
Kita yang hidup perlu teruskan perjuangan. Habiskanlah sisa-sisa ramadhan dengan segala ibadat. Mohon segala hajat yang kita minta. Malam nie malam akhir kita berterawih kan. Tahun depan entah jumpa ke tak kita dengan bulan yang teramat mulia ini kan. Sobsobsob :'(
Okaylah, dengan kesempatan ini aku ingin mohon ampun dan maaf andai tersalah kata, tersilap bicara .. Insyallah kalau nak duit raya mintak dengan ibu ayah aku. Hehehehehe.. Bagi yang belum balik ke kampung, pesan dekat Encik/Puan Driver supaya memandu dengan berhati-hati. Ada insan yang menanti kita semua. Jangan tergopoh bila memandu. Bila nak pergi beraya, jaga adab & tatasusila. Hormat tuan rumah. Jangan buat macam rumah sendiri pulak :-P
Naik cuti ada trial exam. weeee ~
![]() |
Kad pengganti diri. terima kasih buat Abg.Apit sebab sediakan font hari raya. |
7 comments:
aloo comelnya.. hehe. sexy lips.. :D
selamat hari raya,,
al-fatihah dan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin...
@Busyra - Selamat hari raya
@farah - selamat hari raya jugak untuk akak cantik
selamat hari raya..maaf zahir batin
Al-Fatihah... yang penting, jangan lupa sedekahkan AL-Fatihah dan bacaan suci ayat-ayat Quran pada yang telah tiada tau.. sebab mereka akan datang menziarahi anak-anak dan cucu-cucu.. itu lah bekalan yang dorang nak daripada anak-anak dan cucu :)
Slmt hri rye dik
selamat hari raya.
blk nanti nak pegi raya kat muar la pulak :)
Post a Comment